Tuesday, October 14, 2008

Assalamualaikum.. Selamat Datang



Terima kasih kerana meluangkan masa untuk mengintai ruang blog yang tak seberapa ini. Saya dengan rendah diri hanya seorang yang tidak berpendidkan formal didalam bidang agama, namun dengan rahmatNya, Allah telah meletakkan rasa cinta kepadaNya, KekasihNya dan keluarga KekasihNya dan para ulama' al-arifin didalam hati ini.


Saya sedaya upaya cuba menghasilkan penulisan berkenaan perkara-perkara yang sudah tentunya bertunjangkan pegangan Ahl Sunnah Wal Jamaah, namun method penulisan saya didalam blog ini mungkin agak 'bebas' dan banyak menggunakan analogi, namun bersumberkan Al Quran, Al Hadith dan pandangan-pandangan para Ulama' yang cuba saya nukilkan.


Namun begitu, rasanya, penulisan saya mungkin hanya akan berkisar mengenai perkara-perkara bukan usul didalam agama dan lebih berbentuk pendapat. Ini penting kerana golongan 'Protaz' perlu memahami keupayaan masing-masing didalam memberikan pendapat mengenai perkara-perkara usul didalam agama agar tidak terjebak dalam konflik dan 'ego' masing-masing. Ramai golongan professional seperti saya yang begitu bersemangat didalam mengemukakan pendapat demi menegakkan 'aliran' sendiri, namun adakalanya 'terbabas' daripada haluan yang benar kerana jauh dari pimpinan para ulama' waris para nabi.


Sekali lagi, terima kasih kerana datang dan hanya dariNya sebarang kebaikan.