Monday, March 16, 2009
"Manusia sentiasa melakukan kesilapan"
Ana ingin memanjangkan persoalan "manusia sentiasa melakukan kesilapan". Ini kerana alasan inilah yang paling polular dan sentiasa digunakan oleh wahabi salafi untuk melemahkan pendapat dan hujjah ulama' muktabar yg menentang method mereka. Kemudian, mereka menggesa "lebih baik kmbali kpd quran dan sunnah".
Cuba kita renung baik2 gesaan ini, apa realiti disebaliknya. Secara halus mereka melemahkan pndapat ulama' berauthoriti dgn alasan "mereka buat silap" DAN " tidak bersandar quran dan Sunnah". Ini merupakan satu kenyataan yang sangat jahat yg dibalut dgn perkataan yg lembut.
Namun hakikatnya, mereka sndiri yang menilai pendapat para Ulama' itu dengan pemahaman dangkal mereka terhadap quran dan sunnah. Jadi siapa yg lebih mudah buat silap? Tidakkah pelik, kita yang bukan bertaraf ulama' pun boleh menilai hakikat pendapat ulama' itu menurut al quran mahupun sunnah. Ini meletakkan pendapat kita yang jahil lagi lemah ini lebih tinggi daripada pendapat yang berauthoriti. Kitakah atau para Ulama' ini yg silap?
Mereka selalu lupa akan natijah buat kenyataan general macam ni, seperti mana bila mereka selalu berkata, "kebanyakan umat islam kini didalam khurafat dan bidaah" Kemudian mengaitkan tasawwuf dgn bidaah, khurafat dgn tuduhan menyembah kubur dn sebagainya. Bukankah ini jahat dan tidak berlandaskan ilmu? Hakikatnya, mrk sndiri hanya mendengar tuduhan itu dn memanjangkannya sahaja, tanpa mengkaji pun persoalan yg lebih utama, iaitu apakah sebenarnya tasawwuf itu. Inilah natijah daripada pendapat-pendapat kontraversi pemuka-pemuka wahabi salafi yang suka benar mendakwa dakwi secara umum, kemudian mereka membicarakan satu atau dua contoh (biasanya tak releven pun) dan membuat kesimpulan mengejut dengan menyesatkannya.
Monday, January 19, 2009
Selongkar Wahabi: Serangan Wahabi keatas Hijaz
Saya seringkali mendengar pendakyah wahabi mendakwa yg Syaikh Muhammad Abdul Wahab (MAW) telah berusaha berdakwah dan memerangi penduduk Hijaz kerana mereka telah kufur, syirik dan mengerjakan bidaah. Ini sangat mendatangkan hairan, kerana dakwaan serius ini melibatkan Haramain, iaitu 2 tempat suci bagi umat islam dan pusat pengajian islam yang utama. Rujukan fahaman mereka ini boleh dilihat di : http://www.asysyariah.com/print.php?id_online=334 . Sikap ini kita faham adalah salah satu daripada ciri-ciri extremist yang dididik secara formal oleh Kerajaan Arab Saudi, sila layari http://www.npr.org/documents/2006/may/sauditexts/textbooks.pdf .
Jadi, cuba fikirkan, Makkah dan Madinah yang merupakan tanah suci dan tempat bagi ratusan bahkan ribuan Ulama' dan para wali untuk mengajar dan beribadat kemudiannya didakwa oleh geng wahabi ini yg penduduknya melakukan syirik, bertawaf di makam RasuluLlah (saw), menyembah pokok dan pelbagai amalan syirk yang keji langsung boleh diperangi? Jadi perlulah kita timbang kembali akan dakwaan-dakwaan ini sama ada munasabah atau tidak.
1) Benarkah, Makkah, Madinah, Taif dan kawasan lainnya di Hijaz diserang oleh Tentera Saud dan Wahabi?
Terdapat banyak sumber sama ada dari pihak Ahl Sunnah, Orientalist mahupun Kerajaan Arab Saudi mahupun Wahabi sendiri tidak pernah menyangkal berlakunya serangan atau Wahabi menamakan sebagai 'penaklukan' terhadap Makkah dan Madinah dan kawasan lainnya seperti dinyatakan dibawah.
- Sumber Ahl Sunnah : Kitab Fitnatul Wahabiyyah oleh Syaikh Ahmad Zaini Dahlan, Syaikh Al Islam dan Ketua Mufti Syafi'i di Makkah: http://www.amislam.com/fitnah.htm
- Sumber Kerajaan Arab saudi : http://www.saudiembassy.net/Country/History.asp ; http://the-saudi.net/saudi-arabia/saudi_history.htm ;
- Sumber Wahabi : http://www.sultan.org/books/wahhabism.pdf
- Sumber dari Barat / Orientalist : http://www.prmi.org/files/wahhabism.pdf
Kesimpulannya, sesiapapun berdasarkan fakta sejarah tidak dapat menyangkal akan berlakunya peperangan yang menumpahkan darah diantara pengikut wahabi dan tentera saud di kawasan-kawasan Hijaz, termasuk Makkah dan Madinah.
Implikasinya, telah jelas bahawa 2 Tanah Haram tersebut, iaitu Makkah dan Madinah serta kawasan Hijaz secara amnya terletak didalam kawasan Empayar Uthmaniyyah, yang ditadbir oleh Shariff-Shariff yang telah dilantik. Penyerangan ini menjadikan pengikut Wahabi dan Tentera Saud boleh digelar 'Pemberontak'.
2) Benarkah, berlaku pembunuhan keji terhadap anak-anak kecil dan para wanita di Taif pada tahun 1217 H (1802 M).
Juga terdapat banyak sumber dan serangan ini sengaja dipadam dari ingatan dan sejarah oleh wahabi
- Sumber Ahl Sunnah : Kitab Fitnatul Wahabiyyah dan Khulasat al-kalam oleh Syaikh Ahmad Zaini Dahlan, juga Tarikh-i Wahhabiyyan. Sumber online boleh dibaca di http://www.amislam.com/fitnah.htm dan http://www.hizmetbooks.org/Advice_for_the_Muslim/wah-39.htm
- Sumber Wahabi : Tiada / Tak Jumpa
- Sumber Barat : http://en.wikipedia.org/wiki/Ta%27if#1802_.E2.80.93_1813:_Conquest_by_Wahhabis_and_reconquest_by_the_Ottomans ; dan http://etext.library.adelaide.edu.au/b/burckhardt/john_lewis//arabia/chapter3.html oleh John Lewis Burckhartdt.
Kesimpulannya, memang sudah terang dan jelas bahawa peristiwa ini telah berlaku berdasarkan sumber-sumber awal dan bukti yang telah dinyatakan. Tidak ada alasan yang boleh diberikan untuk justifikasi perkara ini.
Implikasinya, perbuatan yang melampaui batas yang telah dilakukan ini menjadikan wahabi sekurang-kurangnya di labelkan sebagai pelampau (ghuluw) dan lebih tepat pembunuh kanak-kanak dan wanita.
3) Benarkah, pada ketika era MAW, berlakunya perbuatan bidaah dan syirik di Tanah Haram dan para Ulama' di Makkah dan Madinah membiarkannya berlaku.
Perkara ini wajar dibincangkan memandangkan para pengikut wahabi umumnya mempercayai alasan ini untuk menyokong dan berbangga dengan usaha dakwah MAW dan para pengikutnya menyerang dan membunuh serta menakluk Hijaz, terutama Makkah dan Madinah.
Dakwaan mereka boleh dilihat di link yang dipaparkan para perenggan pertama, tetapi apabila kita berfikir sejenak dengan akal yang jernih, dakwaan mereka ini langsung tidak berdasarkan ilmu, fakta sejarah dan tidak dapat dibuktikan daripada sumber-sumber awal, melainkan daripada dakwaan pemuka-pemuka wahabi sahaja.
Mana mungkin, kota Makkah dan Madinah yang menjadi tempat tumpuan para Ulama' dan murid-murid untuk meningkatkan ilmu islam boleh bertukar menjadi pusat Syirik, apatah lagi bidaah dan sebagainya. Sebagai buktinya, kota Makkah dan Madinah amat terkenal sebagai destinasi penuntut dari segenap pelusuk dunia, Ulama' Ahli sunnah dengan jumlah yang bukan sedikit telah menyebarkan ilmu melalui lisan, tulisan dan amalan mereka sejak zaman-berzaman sehingga ke zaman RasuluLlah. Kita boleh lihat dalam mana-mana biografi para Ulama' betapa mereka akan mengambil kesempatan mengerjakan haji dengan diam dan belajar di kedua kota Haram ini selama beberapa tahun sebelum kembali ke tempat asal mereka demi menyebarkan dakwah yang mengikut Manhaj RasululLah yang tulen.
Kesimpulannya, adalah mustahil perbuatan Syirik berleluasa, terlebih-lebih lagi di Kota Makkah dan Madinah, kerana keduanya tidak pernah sunyi dari kehadiran para Ulama' dan Wali yang sentiasa menyebarkan ilmu kepada umat islam.
Implikasinya, tuduhan wahabi ini, secara langsung menghina para Ulama' di 2 Tanah Haram yang berbakti tanpa mengenal penat lelah untuk menyebarkan ilmu dan menyabitkan mereka dengan dakwaan mengerjakan dan membiarkan syirik berleluasa. Inilah sebesar-besar fitnah kepada pewaris Nabi, dan sesuai sekali mereka ini dinamakan 'tukang fitnah'.
4) Benarkan, dakwah Muhammad Bin Abdul Wahab lebih benar dan kedudukannya lebih tinggi dari dakwah dan pengajaran oleh Ratusan Ulama' dari Makkah dan Madinah.
Tidak dapat kita lari untuk membicarakan perbandingan antara MAW vs Para Ulama' Makkah dan Madinah yang secara jelas supaya lebih terang akan siapa di pihak yang lebih benar.
Peetentangan dari sudut ilmiah dan berbentuk akademik berlaku sejak pada permulaan 'Dakwah' MAW dan di tentang oleh orang yang begitu rapat dengannya pula iaitu, Syaikh Sulaiman Abdul Wahab, abangnya sendiri. Hasil penulisannya ialah kitab Al-Sawaiq al-Ilahia fi al-Ra’d ala al-Wahabiah. Dan terdapat banyak lagi kitab-kitab Radd sezaman seperti yang ditulis oleh Syaikh Jamil Effendi, lihat http://www.amislam.com/fajr.htm , dan kitab-kitab tulisan Syaikh Al Islam Syaikh Ahmad Zaini Dahlan, yakni ketua mufti Syafi'iyyah di Makkah seperti Durar Saniyyah 'ala Radd Al Wahabiyyah dan Kitab Fitnatul Wahabiyyah nya dan tidak ketinggalan ramai lagi para Ulama' yang melakukan sedemikian seperti yang termaktub di http://www.sunnah.org/publication/fajr/fajr.htm .
Kesimpulannya, sudah jelas pengikut wahabi hanya ber taklidkan MAW dan pemuka-pemuka wahabi tanpa melihat situasi keseluruhan dan mempertimbangkan dengan jelas siapa yang benar dan siapa yang salah. Masakan, hanya seorang sahaja lebih benar dan betul berbanding Ratusan Para Ulama' Makkah dan Madinah yang lain yang lebih tinggi kedudukan ilmu dan akhlaq mereka. Pelik benar dakwaan ini dan tidak masuk akal.
Implikasinya, maka dengan membenarkan 'dakwah' cara MAW, maka pengikut wahabi telah menghina dan sehingga tahap menyesatkan ulama' islam selain MAW. Inilah salah satu daripada ciri 'taksub' yang sangat mendalam.
InsyaAllah, fikir-fikirlah tuan-tuan..
Al-Faqir IlaLlah,
Abi Qalam
Sunday, January 18, 2009
Saudaraku Palestine..
Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah, agar para Pejuang Jihad di Palestine mendapat kemenangan dalam menentang Penjajah dan Pengganas Zionis LaknatuLlah!
Marilah kita melazimi bacaan Qunut Nazilah untuk kemenangan para Mujahid Islam.
Sama-samalah menghulur bantuan.
Selongkar Wahabi: Tanzih Aqidah ala Mujassim
Semasa berada di blog Ustaz Zamihan beberapa hari yang lalu ana diberi satu link oleh nick 'muslim' didalam cbox disana iaitu http://wahabiah.blogspot.com/, lantas beliau mencabar pengunjung blog Ust Zamihan (al-ghari.blogspot.com) untuk melakukan jawapan ilmiyyah terhadap penulisan tersebut.
Apabila membaca blog ini, nampaknya pahaman ala mujassim sudah mula menunjukkan belangnya yang sebenar-benarnya, na'uzubiLlah.
Berkenaan dgn penyelewengan yang cuba disampaikan didalam blog ini berkenaan dgn pengisbatan makna zahir bagi nas mutasyabihaat adalah satu usaha 'murni' ala mujassimah untuk menjauhkan manusia daripada aqidah tanzih para salaf as soleh dan khalaf as sodiq mengikut manhaj Saidina RasuluLlah (Saw) dan para Sahabat (Ra).
Cabaran untuk menjawabnya sebenarnya bukanlah satu cabaran, kerana perkara ini sudah ditulis berulang-ulang kali oleh para pecinta kebenaran, jadi tidak nampak keperluan untuk menulisnya berulang-ulang kali. Sebaiknya silalah membaca dan memahami perkara berikut dengan membaca tulisan-tulisan sedia ada.
Antara tulisan yang sudah dibuat ialah di http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/158 dan http://saalik.blog.friendster.com/2006/12/menolak-fahaman-tajsim/ dan http://www.masud.co.uk/ISLAM/ust_abd/fiqh_al_akbar.htm dan banyak lagi.
Point penting untuk di fahamkan.
1) Pemahaman pengikut Mujassimah Moderen vs Para Salaf dan Khalaf dalam memahami nas mutashabihaat
Para salaf dengan jelas memahaminya dgn kaedah tafwidh ataupun takwil ijmali terhadap makna nas tersebut tetapi pengikut mujassim moderen, mengamalkan isbat zahir terhadap nas tersebut.
Disebabkan itulah, dapat dilihat didalam kalam-kalam ulama' salaf yg dinukilkan mengekalkan lafaz nas tersebut, tanpa menzahirkan dalam bentuk bahasa yang lain atau yang setara dengannya. Malangnya mujassim moderen menukarkan kalam ulama' itu kepada pahaman mereka dengan menterjemahkan dan menghuraikan kalam ulama' tanpa haq.
2) Pententangan antara nas, jika memahaminya secara Mujassimah Moderen,
Pemahaman zahiriah yang diambil oleh Mujassimah Moderen ini menjadikan pertentangan diantara nas-nas yang wujud;
Diantara nas-nas yang bersifat bertentangan ialah;
i) Al Qasas; 88: "Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Wajah Allah'
Menunjukkan sifat-sifat yang lain seperti Yadd, Kalam, Basiirun akan musnah.
ii) Al Baqorah; 115: "maka ke mana sahaja kamu arahkan diri maka di situlah Wajah Allah"
Yakni bertentangan dgn sifat fissama' dan istawa 'alal 'arsh
iii) Hadith Qudsi, Sohih Muslim : "Allah s.w.t. berfirman: “Wahai HambaKu. Aku lapar, mengapa kau tidak memberi makan kepadaKu?"
Yakni menetapkan Lapar dan Makan sebagai sifat Allah..
Dan banyak lagi, inilah contoh jika memahamkannya dengan makna zahir, maka kita telah mengisbatkan perkara yang Mustahil kepada Allah, Maha Suci Allah dari perkara-perkara demikian.
3) Mujassim Moderen bersikap melampau
Sikap melampau untuk mentarjihkan pandangan mereka membawa mereka untuk menolak dan menyesatkan golongan yang lain, iaitu golongan Ashaariyyah dan Maturidiyyah. Sedangkan mereka lupa bahawa Ashaariyyah dan Maturidiyyah merupakan golongan yang majoriti dan diterima sebagai Ahl Sunnah sejak dari 300 H. Padahal pahaman yang mereka bawa hanya bermula sejak fahaman Ibn Taimiyyah sekitar 700 H. Ini sesuatu yang menghairankan. Dimana fahaman sedemikian sebelum 700H?
4) Kelompangan dari segi masa dan sanad keilmuan
Seperti yang dinyatakan didalam point ke 3, kewujudan golongan ini hanya ekslusif bersandarkan pahaman Syaikh Ibn Taimiyyah sekitar tahun 700H, kemudian padam semula sehinggalah dibangkitkan semula oleh Syaikh Muhammad Abdul Wahab. Ini merupakan satu perkara yang pelik, kerana dakwa mereka ini yang menisbahkan diri mereka kepada golongan salaf.
Pelik kerana, sudah tentulah yang memahami Al Quran, Sunnah Rasul dan Ijma' Sahabat sudah tentulah para Salaf As Soleh(akhir pd kurun ke-3 H), namun, siapa pula yang lebih memahami Ulama' salaf, melainkan para murid mereka sendiri, yakni disebut 'ashab' yang menuntut dengan jaluran dan sanad ilmu yang sohih. Kemudian para murid ini mengajar kepada murid-muridnya, dan pewarisan keilmuan ini sampai kepada golongan Khalaf As Sodiq, dan diteruskan tradisi keilmuan ini dan difahami oleh majoriti ummah sebagaimana yang diajarkan oleh golongan salaf.
Kemudian, datang pula satu golongan yang lain, yang hanya memahamkan separuh kata-kata para salaf dengan kaedah mereka sendiri, dengan berpaling daripada jumhur. Tidak kah pelik perlakuan ini?
Yang mana lebih mendekati sunnah dan kebenaran? Golongan yang jelas lagi sohih sanad ilmunya lagi majoriti atau pun golongan yang baru muncul tanpa sanad ilmu yang sah kemudian berpendirian melawan majoriti dan menggelarkan majoriti dengan gelaran sesat, syirik lagi bidaah?
5) Implikasi pahaman ini membawa kepada penyesatan Para Ulama'
Satu lagi yang seolah-olah cuba dipadam oleh golongan yang menyesatkan Ashaariyyah ini ialah, mereka ini lupa dan buta bahawa, para Ulama' besar zaman-berzaman adalah Ulama' yang berpegang kepada Aqidah Ashaariyyah dan Maturidiyyah. Lantas perbuatan mereka menyesatkan Aqidah Ashaariyyah memberi implikasi bahawa Para Ulama' besar ini juga adalah Sesat! Antara Ulama' yang terlibat ialah;
i) Shaykh al-Islam Ahmad ibn Hajar 'Asqalani (d. 852/1449; Rahimullah)
ii) Imam Nawawi (d. 676/1277; Rahimullah),
iii) Hujjatul Islam Imam Abu Hamid Al Ghazali
iv) Imam Qurtubi (d. 671/1273; Rahimullah),
v) Shaykh al-Islam ibn Hajar Haytami (d. 974/1567; Rahimullah),
vi) Zakariyya Ansari (d. 926/1520; Rahimullah),
vii) Imam Abu Bakr Baqillani (d. 403/1013; Rahimullah),
viii) Imam 'Asqalani
ix) Imam Nasafi (d. 710/1310; Rahimullah)
x) Jumhur Ulama' pada setiap zaman sehingga sekarang
Ruj : http://www.masud.co.uk/ISLAM/misc/ashari.htm
6) Ketaksuban mereka kepada sebilangan Ulama' sahaja dan menolak Jumhur
Selalunya mereka mengistilahkan Ulama' yang tidak sependapat dengan aliran Mujassim ini sebagai Ulama' Suu' . Cuma masalahnya, jika mengikut penilaian demikian, maka hanya tinggal beberapa Ulama' sahaja yang berpusatkan pemikiran Wahabiyyah. Mereka didalam menasihati orang lain lupa bahawa, peribadi Ulama' yang mereka agungkan sebagai Ulama' al Haq sendiri bersikap dengan sikap Ulama' Suu' (Semoga Allah mengampuni mereka). Tambahan pula, para ulama' yang didokong mereka tidak pernah sunyi dari kritikan dan radd kepada kitab-kitab mereka oleh para Ulama' sedunia yang mempunyai 'authority' dan sanad keilmuan yang sohih. Ketaksuban mereka kepada beberapa Ulama' menjadi-jadi sehinggakan seolah-olah mereka hanya mengambil pandangan Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim Jauziyyah, Muhammad Abdul Wahab, Bin Baz, Albani, Soleh Fauzan, Syeikh Muqbil semata-mata secara ekslusif biarpun bertentangan dengan Jumhur mazhab yang 4. Ini amat menghairankan, kerana gesaan mereka untuk kembali kepada Al Quran dan Sunnah dan menolak taqlid kepada mazhab, padahal mereka juga bertaqlid buta kepada ulama'-ulama' mereka.
7) Bersikap tidak berlapang dada dalam perkara khilaf
Seperkara yang menjadi kemusykilan ana, mereka yang mencanangkan Ittiba' Rasul tetapi pada hakikat dan realitinya jauh dari mengikut sunnah. Yang paling ketara adalah sikap tidak menerima perkara khilaf yang para Ulama' berlapang dada dengannya. Boleh dikatakan 'syirk', 'bidaah' dan 'kufr' menjadi zikir harian mereka terhadap perkara yang selalunya pun mereka tidak cuba memahaminya. Kecenderongan melabelkan ahl bidaah, kaafir dan sebagainya telah sedikit sebanyak menggoyah kesatuan dan melemahkan ummah.
Atas dasar inilah, masalah Aqidah Mujassim ini perlulah di hapuskan sehapus hapusnya demi memelihara kemurnian Aqidah Rasul, Para Sohabat yang menyampaikannya kepada Para Ulama' Salaf yang menyampaikannya pada Para Ulama' Khalaf yang meyampaikannya kepada kita, majoriti Ummah.
Al Faqir IlaLlah..
Abi Qalam
Edited pada 20/1/09