Monday, January 19, 2009

Selongkar Wahabi: Serangan Wahabi keatas Hijaz

Assalamualaikum,


Saya seringkali mendengar pendakyah wahabi mendakwa yg Syaikh Muhammad Abdul Wahab (MAW) telah berusaha berdakwah dan memerangi penduduk Hijaz kerana mereka telah kufur, syirik dan mengerjakan bidaah. Ini sangat mendatangkan hairan, kerana dakwaan serius ini melibatkan Haramain, iaitu 2 tempat suci bagi umat islam dan pusat pengajian islam yang utama. Rujukan fahaman mereka ini boleh dilihat di : http://www.asysyariah.com/print.php?id_online=334 . Sikap ini kita faham adalah salah satu daripada ciri-ciri extremist yang dididik secara formal oleh Kerajaan Arab Saudi, sila layari http://www.npr.org/documents/2006/may/sauditexts/textbooks.pdf .



Jadi, cuba fikirkan, Makkah dan Madinah yang merupakan tanah suci dan tempat bagi ratusan bahkan ribuan Ulama' dan para wali untuk mengajar dan beribadat kemudiannya didakwa oleh geng wahabi ini yg penduduknya melakukan syirik, bertawaf di makam RasuluLlah (saw), menyembah pokok dan pelbagai amalan syirk yang keji langsung boleh diperangi? Jadi perlulah kita timbang kembali akan dakwaan-dakwaan ini sama ada munasabah atau tidak.


1) Benarkah, Makkah, Madinah, Taif dan kawasan lainnya di Hijaz diserang oleh Tentera Saud dan Wahabi?

Terdapat banyak sumber sama ada dari pihak Ahl Sunnah, Orientalist mahupun Kerajaan Arab Saudi mahupun Wahabi sendiri tidak pernah menyangkal berlakunya serangan atau Wahabi menamakan sebagai 'penaklukan' terhadap Makkah dan Madinah dan kawasan lainnya seperti dinyatakan dibawah.

Kesimpulannya, sesiapapun berdasarkan fakta sejarah tidak dapat menyangkal akan berlakunya peperangan yang menumpahkan darah diantara pengikut wahabi dan tentera saud di kawasan-kawasan Hijaz, termasuk Makkah dan Madinah.

Implikasinya, telah jelas bahawa 2 Tanah Haram tersebut, iaitu Makkah dan Madinah serta kawasan Hijaz secara amnya terletak didalam kawasan Empayar Uthmaniyyah, yang ditadbir oleh Shariff-Shariff yang telah dilantik. Penyerangan ini menjadikan pengikut Wahabi dan Tentera Saud boleh digelar 'Pemberontak'.

2) Benarkah, berlaku pembunuhan keji terhadap anak-anak kecil dan para wanita di Taif pada tahun 1217 H (1802 M).

Juga terdapat banyak sumber dan serangan ini sengaja dipadam dari ingatan dan sejarah oleh wahabi

Kesimpulannya, memang sudah terang dan jelas bahawa peristiwa ini telah berlaku berdasarkan sumber-sumber awal dan bukti yang telah dinyatakan. Tidak ada alasan yang boleh diberikan untuk justifikasi perkara ini.

Implikasinya, perbuatan yang melampaui batas yang telah dilakukan ini menjadikan wahabi sekurang-kurangnya di labelkan sebagai pelampau (ghuluw) dan lebih tepat pembunuh kanak-kanak dan wanita.

3) Benarkah, pada ketika era MAW, berlakunya perbuatan bidaah dan syirik di Tanah Haram dan para Ulama' di Makkah dan Madinah membiarkannya berlaku.
Perkara ini wajar dibincangkan memandangkan para pengikut wahabi umumnya mempercayai alasan ini untuk menyokong dan berbangga dengan usaha dakwah MAW dan para pengikutnya menyerang dan membunuh serta menakluk Hijaz, terutama Makkah dan Madinah.

Dakwaan mereka boleh dilihat di link yang dipaparkan para perenggan pertama, tetapi apabila kita berfikir sejenak dengan akal yang jernih, dakwaan mereka ini langsung tidak berdasarkan ilmu, fakta sejarah dan tidak dapat dibuktikan daripada sumber-sumber awal, melainkan daripada dakwaan pemuka-pemuka wahabi sahaja.

Mana mungkin, kota Makkah dan Madinah yang menjadi tempat tumpuan para Ulama' dan murid-murid untuk meningkatkan ilmu islam boleh bertukar menjadi pusat Syirik, apatah lagi bidaah dan sebagainya. Sebagai buktinya, kota Makkah dan Madinah amat terkenal sebagai destinasi penuntut dari segenap pelusuk dunia, Ulama' Ahli sunnah dengan jumlah yang bukan sedikit telah menyebarkan ilmu melalui lisan, tulisan dan amalan mereka sejak zaman-berzaman sehingga ke zaman RasuluLlah. Kita boleh lihat dalam mana-mana biografi para Ulama' betapa mereka akan mengambil kesempatan mengerjakan haji dengan diam dan belajar di kedua kota Haram ini selama beberapa tahun sebelum kembali ke tempat asal mereka demi menyebarkan dakwah yang mengikut Manhaj RasululLah yang tulen.

Kesimpulannya, adalah mustahil perbuatan Syirik berleluasa, terlebih-lebih lagi di Kota Makkah dan Madinah, kerana keduanya tidak pernah sunyi dari kehadiran para Ulama' dan Wali yang sentiasa menyebarkan ilmu kepada umat islam.

Implikasinya, tuduhan wahabi ini, secara langsung menghina para Ulama' di 2 Tanah Haram yang berbakti tanpa mengenal penat lelah untuk menyebarkan ilmu dan menyabitkan mereka dengan dakwaan mengerjakan dan membiarkan syirik berleluasa. Inilah sebesar-besar fitnah kepada pewaris Nabi, dan sesuai sekali mereka ini dinamakan 'tukang fitnah'.

4) Benarkan, dakwah Muhammad Bin Abdul Wahab lebih benar dan kedudukannya lebih tinggi dari dakwah dan pengajaran oleh Ratusan Ulama' dari Makkah dan Madinah.

Tidak dapat kita lari untuk membicarakan perbandingan antara MAW vs Para Ulama' Makkah dan Madinah yang secara jelas supaya lebih terang akan siapa di pihak yang lebih benar.

Peetentangan dari sudut ilmiah dan berbentuk akademik berlaku sejak pada permulaan 'Dakwah' MAW dan di tentang oleh orang yang begitu rapat dengannya pula iaitu, Syaikh Sulaiman Abdul Wahab, abangnya sendiri. Hasil penulisannya ialah kitab Al-Sawaiq al-Ilahia fi al-Ra’d ala al-Wahabiah. Dan terdapat banyak lagi kitab-kitab Radd sezaman seperti yang ditulis oleh Syaikh Jamil Effendi, lihat http://www.amislam.com/fajr.htm , dan kitab-kitab tulisan Syaikh Al Islam Syaikh Ahmad Zaini Dahlan, yakni ketua mufti Syafi'iyyah di Makkah seperti Durar Saniyyah 'ala Radd Al Wahabiyyah dan Kitab Fitnatul Wahabiyyah nya dan tidak ketinggalan ramai lagi para Ulama' yang melakukan sedemikian seperti yang termaktub di http://www.sunnah.org/publication/fajr/fajr.htm .

Kesimpulannya, sudah jelas pengikut wahabi hanya ber taklidkan MAW dan pemuka-pemuka wahabi tanpa melihat situasi keseluruhan dan mempertimbangkan dengan jelas siapa yang benar dan siapa yang salah. Masakan, hanya seorang sahaja lebih benar dan betul berbanding Ratusan Para Ulama' Makkah dan Madinah yang lain yang lebih tinggi kedudukan ilmu dan akhlaq mereka. Pelik benar dakwaan ini dan tidak masuk akal.

Implikasinya, maka dengan membenarkan 'dakwah' cara MAW, maka pengikut wahabi telah menghina dan sehingga tahap menyesatkan ulama' islam selain MAW. Inilah salah satu daripada ciri 'taksub' yang sangat mendalam.

InsyaAllah, fikir-fikirlah tuan-tuan..

Al-Faqir IlaLlah,

Abi Qalam

No comments: