Sunday, January 18, 2009

Selongkar Wahabi: Tanzih Aqidah ala Mujassim

Assalamualaikum wbt,


Semasa berada di blog Ustaz Zamihan beberapa hari yang lalu ana diberi satu link oleh nick 'muslim' didalam cbox disana iaitu http://wahabiah.blogspot.com/, lantas beliau mencabar pengunjung blog Ust Zamihan (al-ghari.blogspot.com) untuk melakukan jawapan ilmiyyah terhadap penulisan tersebut.

Apabila membaca blog ini, nampaknya pahaman ala mujassim sudah mula menunjukkan belangnya yang sebenar-benarnya, na'uzubiLlah.
Berkenaan dgn penyelewengan yang cuba disampaikan didalam blog ini berkenaan dgn pengisbatan makna zahir bagi nas mutasyabihaat adalah satu usaha 'murni' ala mujassimah untuk menjauhkan manusia daripada aqidah tanzih para salaf as soleh dan khalaf as sodiq mengikut manhaj Saidina RasuluLlah (Saw) dan para Sahabat (Ra).

Cabaran untuk menjawabnya sebenarnya bukanlah satu cabaran, kerana perkara ini sudah ditulis berulang-ulang kali oleh para pecinta kebenaran, jadi tidak nampak keperluan untuk menulisnya berulang-ulang kali. Sebaiknya silalah membaca dan memahami perkara berikut dengan membaca tulisan-tulisan sedia ada.

Antara tulisan yang sudah dibuat ialah di http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/158 dan http://saalik.blog.friendster.com/2006/12/menolak-fahaman-tajsim/ dan http://www.masud.co.uk/ISLAM/ust_abd/fiqh_al_akbar.htm dan banyak lagi.



Point penting untuk di fahamkan.

1) Pemahaman pengikut Mujassimah Moderen vs Para Salaf dan Khalaf dalam memahami nas mutashabihaat

Para salaf dengan jelas memahaminya dgn kaedah tafwidh ataupun takwil ijmali terhadap makna nas tersebut tetapi pengikut mujassim moderen, mengamalkan isbat zahir terhadap nas tersebut.

Disebabkan itulah, dapat dilihat didalam kalam-kalam ulama' salaf yg dinukilkan mengekalkan lafaz nas tersebut, tanpa menzahirkan dalam bentuk bahasa yang lain atau yang setara dengannya. Malangnya mujassim moderen menukarkan kalam ulama' itu kepada pahaman mereka dengan menterjemahkan dan menghuraikan kalam ulama' tanpa haq.


2) Pententangan antara nas, jika memahaminya secara Mujassimah Moderen,
Pemahaman zahiriah yang diambil oleh Mujassimah Moderen ini menjadikan pertentangan diantara nas-nas yang wujud;

Diantara nas-nas yang bersifat bertentangan ialah;

i) Al Qasas; 88: "Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Wajah Allah'
Menunjukkan sifat-sifat yang lain seperti Yadd, Kalam, Basiirun akan musnah.

ii) Al Baqorah; 115: "maka ke mana sahaja kamu arahkan diri maka di situlah Wajah Allah"
Yakni bertentangan dgn sifat fissama' dan istawa 'alal 'arsh

iii) Hadith Qudsi, Sohih Muslim : "Allah s.w.t. berfirman: “Wahai HambaKu. Aku lapar, mengapa kau tidak memberi makan kepadaKu?"
Yakni menetapkan Lapar dan Makan sebagai sifat Allah..

Dan banyak lagi, inilah contoh jika memahamkannya dengan makna zahir, maka kita telah mengisbatkan perkara yang Mustahil kepada Allah, Maha Suci Allah dari perkara-perkara demikian.


3) Mujassim Moderen bersikap melampau
Sikap melampau untuk mentarjihkan pandangan mereka membawa mereka untuk menolak dan menyesatkan golongan yang lain, iaitu golongan Ashaariyyah dan Maturidiyyah. Sedangkan mereka lupa bahawa Ashaariyyah dan Maturidiyyah merupakan golongan yang majoriti dan diterima sebagai Ahl Sunnah sejak dari 300 H. Padahal pahaman yang mereka bawa hanya bermula sejak fahaman Ibn Taimiyyah sekitar 700 H. Ini sesuatu yang menghairankan. Dimana fahaman sedemikian sebelum 700H?


4) Kelompangan dari segi masa dan sanad keilmuan
Seperti yang dinyatakan didalam point ke 3, kewujudan golongan ini hanya ekslusif bersandarkan pahaman Syaikh Ibn Taimiyyah sekitar tahun 700H, kemudian padam semula sehinggalah dibangkitkan semula oleh Syaikh Muhammad Abdul Wahab. Ini merupakan satu perkara yang pelik, kerana dakwa mereka ini yang menisbahkan diri mereka kepada golongan salaf.
Pelik kerana, sudah tentulah yang memahami Al Quran, Sunnah Rasul dan Ijma' Sahabat sudah tentulah para Salaf As Soleh(akhir pd kurun ke-3 H), namun, siapa pula yang lebih memahami Ulama' salaf, melainkan para murid mereka sendiri, yakni disebut 'ashab' yang menuntut dengan jaluran dan sanad ilmu yang sohih. Kemudian para murid ini mengajar kepada murid-muridnya, dan pewarisan keilmuan ini sampai kepada golongan Khalaf As Sodiq, dan diteruskan tradisi keilmuan ini dan difahami oleh majoriti ummah sebagaimana yang diajarkan oleh golongan salaf.
Kemudian, datang pula satu golongan yang lain, yang hanya memahamkan separuh kata-kata para salaf dengan kaedah mereka sendiri, dengan berpaling daripada jumhur. Tidak kah pelik perlakuan ini?
Yang mana lebih mendekati sunnah dan kebenaran? Golongan yang jelas lagi sohih sanad ilmunya lagi majoriti atau pun golongan yang baru muncul tanpa sanad ilmu yang sah kemudian berpendirian melawan majoriti dan menggelarkan majoriti dengan gelaran sesat, syirik lagi bidaah?


5) Implikasi pahaman ini membawa kepada penyesatan Para Ulama'

Satu lagi yang seolah-olah cuba dipadam oleh golongan yang menyesatkan Ashaariyyah ini ialah, mereka ini lupa dan buta bahawa, para Ulama' besar zaman-berzaman adalah Ulama' yang berpegang kepada Aqidah Ashaariyyah dan Maturidiyyah. Lantas perbuatan mereka menyesatkan Aqidah Ashaariyyah memberi implikasi bahawa Para Ulama' besar ini juga adalah Sesat! Antara Ulama' yang terlibat ialah;

i) Shaykh al-Islam Ahmad ibn Hajar 'Asqalani (d. 852/1449; Rahimullah)
ii) Imam Nawawi (d. 676/1277; Rahimullah),
iii) Hujjatul Islam Imam Abu Hamid Al Ghazali
iv) Imam Qurtubi (d. 671/1273; Rahimullah),
v) Shaykh al-Islam ibn Hajar Haytami (d. 974/1567; Rahimullah),
vi) Zakariyya Ansari (d. 926/1520; Rahimullah),
vii) Imam Abu Bakr Baqillani (d. 403/1013; Rahimullah),
viii) Imam 'Asqalani
ix) Imam Nasafi (d. 710/1310; Rahimullah)
x) Jumhur Ulama' pada setiap zaman sehingga sekarang

Ruj : http://www.masud.co.uk/ISLAM/misc/ashari.htm


6) Ketaksuban mereka kepada sebilangan Ulama' sahaja dan menolak Jumhur
Selalunya mereka mengistilahkan Ulama' yang tidak sependapat dengan aliran Mujassim ini sebagai Ulama' Suu' . Cuma masalahnya, jika mengikut penilaian demikian, maka hanya tinggal beberapa Ulama' sahaja yang berpusatkan pemikiran Wahabiyyah. Mereka didalam menasihati orang lain lupa bahawa, peribadi Ulama' yang mereka agungkan sebagai Ulama' al Haq sendiri bersikap dengan sikap Ulama' Suu' (Semoga Allah mengampuni mereka). Tambahan pula, para ulama' yang didokong mereka tidak pernah sunyi dari kritikan dan radd kepada kitab-kitab mereka oleh para Ulama' sedunia yang mempunyai 'authority' dan sanad keilmuan yang sohih. Ketaksuban mereka kepada beberapa Ulama' menjadi-jadi sehinggakan seolah-olah mereka hanya mengambil pandangan Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim Jauziyyah, Muhammad Abdul Wahab, Bin Baz, Albani, Soleh Fauzan, Syeikh Muqbil semata-mata secara ekslusif biarpun bertentangan dengan Jumhur mazhab yang 4. Ini amat menghairankan, kerana gesaan mereka untuk kembali kepada Al Quran dan Sunnah dan menolak taqlid kepada mazhab, padahal mereka juga bertaqlid buta kepada ulama'-ulama' mereka.

7) Bersikap tidak berlapang dada dalam perkara khilaf

Seperkara yang menjadi kemusykilan ana, mereka yang mencanangkan Ittiba' Rasul tetapi pada hakikat dan realitinya jauh dari mengikut sunnah. Yang paling ketara adalah sikap tidak menerima perkara khilaf yang para Ulama' berlapang dada dengannya. Boleh dikatakan 'syirk', 'bidaah' dan 'kufr' menjadi zikir harian mereka terhadap perkara yang selalunya pun mereka tidak cuba memahaminya. Kecenderongan melabelkan ahl bidaah, kaafir dan sebagainya telah sedikit sebanyak menggoyah kesatuan dan melemahkan ummah.

Atas dasar inilah, masalah Aqidah Mujassim ini perlulah di hapuskan sehapus hapusnya demi memelihara kemurnian Aqidah Rasul, Para Sohabat yang menyampaikannya kepada Para Ulama' Salaf yang menyampaikannya pada Para Ulama' Khalaf yang meyampaikannya kepada kita, majoriti Ummah.


Al Faqir IlaLlah..

Abi Qalam




Edited pada 20/1/09

13 comments:

ummu aiman said...

Assalamualaikum...
Terimakasih diatas jawapan n penerangan...

Teruskan usaha ya akhie...truskan menulis...

Semoga diberkati Allah swt...

Admin said...

Assalamu'alaikum

Alhamdulillah, teruskan mendedahkan kebobrokan aqidah mujassimah yang ingin dibawa oleh wahhabi mujassimah.

Saya nantikan lanjutannya dan update terbaru dari laman blog ini :)

Admin said...

Assalamu'alaikum...

Ketahuilah jumhur ulama salaf sepakat Allah itu di atas makhluk-makhlukNYa iaitu di atas 'Arasy...

Bezakan kami menisbahkan Allah di atas tetapi tidak menyemakan dengan makhluk!!

Golongan yg berkata Allah tdk di atas, tdk di bwh, tdk di kanan/kiri, dalam/luar, itu semua sebanarnya tiada dari kalam salafus saleh..

Dgn berkata Allah mempunyai tangan, tidak terus menjadi mujassimah!! Kecuali kalau dia berkata "Tangan Allah sama dengan tangan Makhluk"!!

Perhatikan kata2 Imam Tirmizi:

غَيْرُ وَاحِدٍ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ فِي هَذَا الْحَدِيثِ وَمَا يُشْبِهُ هَذَا مِنْ الرِّوَايَاتِ مِنْ الصِّفَاتِ وَنُزُولِ الرَّبِّ تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا قَالُوا قَدْ تَثْبُتُ الرِّوَايَاتُ فِي هَذَا وَيُؤْمَنُ بِهَا وَلَا يُتَوَهَّمُ وَلَا يُقَالُ كَيْفَ هَكَذَا رُوِيَ عَنْ مَالِكٍ وَسُفْيَانَ بْنِ عُيَيْنَةَ وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْمُبَارَكِ أَنَّهُمْ قَالُوا فِي هَذِهِ الْأَحَادِيثِ أَمِرُّوهَا بِلَا كَيْفٍ وَهَكَذَا قَوْلُ أَهْلِ الْعِلْمِ مِنْ أَهْلِ السُّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ

وَأَمَّا الْجَهْمِيَّةُ فَأَنْكَرَتْ هَذِهِ الرِّوَايَاتِ وَقَالُوا هَذَا تَشْبِيهٌ وَقَدْ ذَكَرَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ فِي غَيْرِ مَوْضِعٍ مِنْ كِتَابهِ الْيَدَ وَالسَّمْعَ وَالْبَصَرَ فَتَأَوَّلَتْ الْجَهْمِيَّةُ هَذِهِ الْآيَاتِ فَفَسَّرُوهَا عَلَى غَيْرِ مَا فَسَّرَ أَهْلُ الْعِلْمِ وَقَالُوا إِنَّ اللَّهَ لَمْ يَخْلُقْ آدَمَ بِيَدِهِ وَقَالُوا إِنَّ مَعْنَى الْيَدِ هَاهُنَا الْقُوَّةُ

و قَالَ إِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ إِنَّمَا يَكُونُ التَّشْبِيهُ إِذَا قَالَ يَدٌ كَيَدٍ أَوْ مِثْلُ يَدٍ أَوْ سَمْعٌ كَسَمْعٍ أَوْ مِثْلُ سَمْعٍ فَإِذَا قَالَ سَمْعٌ كَسَمْعٍ أَوْ مِثْلُ سَمْعٍ فَهَذَا التَّشْبِيهُ وَأَمَّا إِذَا قَالَ كَمَا قَالَ اللَّهُ تَعَالَى يَدٌ وَسَمْعٌ وَبَصَرٌ وَلَا يَقُولُ كَيْفَ وَلَا يَقُولُ مِثْلُ سَمْعٍ وَلَا كَسَمْعٍ فَهَذَا لَا يَكُونُ تَشْبِيهًا وَهُوَ كَمَا قَالَ اللَّهُ تَعَالَى فِي كِتَابهِ- لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Maksudnya: "Dan sungguh telah berkata tidak seorang daripada ahli ilmu tentang hadis ini dan apa yang seumpamanya daripada riwayat-riwayat tentang al-Sifat dan (tentang) Penurunan Rabb (Allah) Tabaraka wa Ta’ala pada setiap malam ke langit dunia. Mereka berkata riwayat-riwayat seperti ini adalah benar (thabit) dan berimanlah kepada ia dan jangan dibayangkan (seperti apa) dan jangan ditanya bentuk, ciri-ciri dan tatacaranya (kaifiat). Inilah yang telah diriwayatkan daripada Malik (bin Anas) dan Sufyan bin ‘Uyaynah dan ‘Abdullah bin Mubarak, sesungguhnya mereka telah berkata tentang hadis-hadis seperti ini (yang berkaitan nas-nas al-Sifat): Terimalah ia (berimanlah kepadanya) tanpa mempersoalkan bentuk, ciri-ciri dan tatacara (kaifiat). Dan demikianlah juga pendapat ahli ilmu Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah.

Manakala golongan al-Jahmiyyah, mereka mengingkari riwayat-riwayat seperti ini (nas-nas al-Sifat) sambil berkata ini adalah tasybih (penyerupaan dengan makhluk). Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla telah menyebut hal ini tidak sekali dalam kitab-Nya (al-Qur’an) seperti Tangan dan Pendengaran dan Penglihatan akan tetapi golongan al-Jahmiyyah telah mentakwilkan ayat-ayat ini dan menafsirkannya kepada sesuatu yang berlainan daripada tafsiran ahli ilmu. Mereka (al-Jahmiyyah) berkata sesungguhnya Allah tidak mencipta (Nabi) Adam (‘alaihi salam) dengan Tangan-Nya. Mereka berkata maksud Tangan-Nya di sini adalah kekuatan-Nya.

Padahal berkata Ishaq bin Ibrahim: “Sesungguhnya yang dianggap tasybih (penyerupaan dengan makhluk) hanyalah apabila seseorang berkata Tangan sepertimana tangan (makhluk) atau seumpama tangan (makhluk), Pendengaran sepertimana pendengaran (makhluk) atau seumpama pendengaran (makhluk). Justeru apabila seseorang berkata Pendengaran sepertimana pendengaran (makhluk) atau seumpama pendengaran (makhluk) maka barulah ia dianggap sebagai penyerupaan.

Namun apabila seseorang berkata sebagaimana firman Allah Ta’ala di dalam kitab-Nya (al-Qur’an): Tangan dan Pendengaran dan Penglihatan tanpa dipersoalkan bentuk, ciri-ciri dan tatacaranya (kaifiat) dan tidak dikatakan seumpama pendengaran (makhluk) dan tidak juga dikatakan sepertimana pendengaran (makhluk) maka ini tidak dianggap sebagai penyerupaan. Malah ia adalah sepertimana firman Allah Ta’ala di dalam kitab-Nya (al-Qur’an): Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. [al-Syura 42:11]" (Rujuk Sunan Tirmizi, jilid 3, halaman 33, hadis no: 662)

Abi Qalam said...

Salam,

Para ulama' dahulu terlebih faham daripada enta yang mengisbatkan ayat mutashabihaat 'bi ma'na bila kayf' padahal, para Ulama' dulu2 beriman dengan 'bila ma'na bila kayf' yakni tanpa makna dan tanpa kaifiat. Hanya lafaz nas dikekalkan, tanpa memberikan apa-apa makna terhadap lafaz itu. Bukan macam enta orang, terjemahkan(takwilkan) Yadd itu sebagai tangan, Istawa itu sebagai bersemayam!
Cuba ikut kaedah enta sendiri terangkan ayat As Sajadah 14 tengok? Gunalah formula bila tahrif, takwil, tashbih wa ta'thil.. Kita tengok enta beriman tak dengan ayat itu!
Memang benar jika enta faham tangan Allah tu tak serupa makhluq, maka bukan mujassimah, tetapi Ahl Bida'ah, cuba buka Tafsir Ruhul Ma'ani, Imam Al Alusi, itu yang Al Imam terangkan.

Lagi satu ana lihat, enta tak dapat bezakan antara SIFAT dengan ANGGOTA.. Pendengaran dan penglihatan tu sifat Cik Abang.. Tangan tu ANGGOTA!!

Semoga Allah membawa kita kembali kepada Aqidah para Salaf yang sebenar. InsyaAllah

Abi Qalam said...

Syeikh,

Ana sarankan enta untuk membaca Kitab Salaf As Soleh sendiri, iaitu Aqidah Tohawiyyah oleh Imam Tohawi. Bandingkan dengan dakwaan enta yang menyatakan "Golongan yg berkata Allah tdk di atas, tdk di bwh, tdk di kanan/kiri, dalam/luar, itu semua sebanarnya tiada dari kalam salafus saleh.."

Semoga Allah mengampuni kita semua..

Anonymous said...

abu hanifah pernah berkata :

maksudnya : "..maka apa yang disebut oleh Allah taala dalam Al-Quran daripada sebutan WAJAH, TANGAN, dan DIRI, maka ia adalah sifat-sifat bagi-Nya TANPA KAIFIYYAT. TIDAK BOLEH dikatakan bahawa Tangan-Nya (bermaksud) kuasa atau nikmat-Nya kerana padanya berlaku pembatalan (penafian) sifat, sedangkan yang ia adalah pendapat golongan qadariyyah dan muktazilah. akan tetapi Tangan-Nya adalah sifat-Nya tanpa kaifiyyat, manakala MARAH dan REDHA-NYA juga adalah dua sifat daripada sifat-sifat-Nya tanpa kaifiyyat.."

sila rujuk :

Mullah Ali Qari, syarah Kitab Al-Fiqhul Akbar Li Abi Hanifah, Tahqiq : Ali Muhammad Dandal, Darul Kutub Al-Ilmiyyah, Beirut, Lubnan.1995.

Anonymous said...

Umar al-Khathab menyatakan bahawa:

“Bahawasanya segala urusan itu (datang) dari sana (sambil mengisyarat-kan tangannya ke langit).”

(al-Imam az-Zhahabi di dalam kitab-nya menyatakan bahawa riwayat ini sahih)

Anonymous said...

Riwayat daripada Ibnu abbas pula (maksudnya);

“Daripada Ibnu Abbas (ia berkata) bahawa Rasulullah s.a.w. berkhutbah kepada manusia pada hari Nahr (tanggal 10 Zulhijjah) kemudian Ibnu abbas menyebutkan khutbah Nabi s.a.w. kemudian beliau mengangkat (mendongakkan) kepalanya ke arah langit sambil mengucapkan: “Ya Allah bukankah aku telah menyampaikan! Ya Allah bukankah aku telah menyampaikan!” (Riwayat Imam Bukhari, juz.2 halaman 191)

Anonymous said...

Sheikhul Islam imam Abdul Kadir Jailani:

“Tidak boleh mensifatkan-Nya bahawa Ia (Allah) berada di tiap-tiap tempat (Allah di mana-mana). Bahkan wajib mengatakan, “Sesungguhnya Ia di atas langit (iaitu) di atas ‘arsy-Nya sebagaimana Ia telah berfirman: “ar-Rahman di atas ‘arsy, Ia istawa’”, di dalam surah Thoha, ayat ke 5.”

(Fatwa Hamawiyyah Kubra, halaman 87)

Anonymous said...

Imam ‘Abdullah Ibnul Mubarak berkata:

“Kami mengetahui Rabb kami, Dia beristiwa’ di atas ‘Arsy berpisah dari makhluk-Nya. Dan kami tidak mengatakan sebagaimana kaum Jahmiyah yang menyatakan bahawa Allah ada di sini (beliau menuding/menunjukkan ke bumi).”

(Diriwayatkan oleh ash-Shabuni, Aqidah Salaf Ashabul Hadis, m/s. 28)

Imam ‘Utsman bin Sa’id ad-Darimi berkata:

“Telah bersepakat kalimat kaum muslimin dan kafirin bahawa Allah di atas langit.”

(Naqdhu Abi Sa’id ala Mirsi al-Jahmi al-Anid, 1/228)

Anonymous said...

Imam Ibnu Qudamah menyatakan:

"...Sesungguhnya Allah mensifati diri-Nya bahawa Dia tinggi di atas langit, demikian juga Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Salam (penutup para Nabi) mensifati Allah dengan ketinggian juga, dan perkara tersebut disepakati oleh seluruh ulama dari kalangan sahabat yang bertaqwa dan para imam yang mendalam ilmunya, hadis-hadis berkaitan dengannya juga mutawatir sehingga mencapai darjat yakin, demikian pula Allah menyatukan semua hati kaum muslimin dan menjadikannya sebagai fitrah semua makhluk....”

(Itsbati Shifatul Uluw, Ibnu Qudamah, m/s. 12)

Abi Qalam said...

Salam,

Seolah, kita lihat disini percanggahan nas dan pendapat ulama' pula.. padahal ini adalah penerangan 'putarbelit' yg dibawa oleh golongan wahabi salafi yg memutarbelitkan isyarat 'tafwid' para imam dan ulama' kearah tajsim dan tasybih.
Inilah akibatnya bertalaqqi dgn kitab terjemahan shj yg diusahakan oleh penerbitan naungan Saudi Arabia. Habis semuanya diterjemah dgn batil.
Sebaiknya, terimalah ilmu dari guru yg bersanad lengkap sampai kepada penulisnya.

Kamudian, timbul pula kecenderungan untuk mencemarkan kesucian Allah, dgn menisbahkan jihah(arah) yg dicela oleh jumhur ulama' salaf termasuk Imam Tohawi. Dan menggantikan asal lafaz Yadd kpd tangan, istawa kepada bersemayam dan sebagainya.

Prinsip mengutamakan nas berbanding aqal yg ditekankan oleh golongan wahabi ini juga bermasalah, ini kerana, Allah mencela mereka yg tidak menggunakan aqal, antaranya pada surah albaqarah 171.

Pendek kata, dalil yg antum bawa itu telah diputar belit akibat dari memahaminya dari terjemahan 'jahat'. Silalah menjawab point-by-point tulisan ana.

Admin said...

Assalamu'alaikum,

bagaimana nak dapat kefahaman dari penjelasan salafussoleh sedangkan kaedah berbicara dalam ayat mutasyabihat pun dilanggar ?

kata Abu Ubaid:
Quote
“Jika ditanya kepada kami, tentang tafsirannya (ayat-ayat mutasyabihat), maka kami tidak menafsirkannya…”
(Al-Asma’ wa As-Sifat karangan Imam Al-Baihaqi: 355)

Imam Sufian bin Uyainah r.a. berkata:
Quote
“Apa yang disifati oleh Allah s.w.t. tentang diriNya dalam kitabNya, maka bacaan perkataan tersebut (seperti yadd) ialah tafsirannya (maknanya, cukuplah dengan menyebut perkataan tersebut, maka itulah yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t., tanpa perlu tahu makna sebenar dari sudut bahasa ataupun sebegainya- penulis). Tidak boleh seseorang menafsirkannya dengan Bahasa Arab (dengan mengisbatkan sifat tersebut dari sudut Bahasa Arab) ataupun menafsirkannya dengan bahasa Farsi (merujuk kepada menterjemahkan perkataan tersebut kepada bahasa asing, menurut maknanya dari sudut Bahasa Arab, seperti menterjemahkan perkataan Yadd Allah kepada tangan Allah)”
(Al-Asma’ wa As-Sifat: 314).

Begitu juga dengan apa yang diriwayatkan oleh Imam Az-Zahabi dari perkataan Ibn Suraij: “Tidak boleh menterjemahkan sifat-sifatNya (yang mutasyabihat tersebut) ke dalam bahasa selain daripada bahasa Arab”.